UNI.SIFOO.COM

Platform pembelajaran online untuk kursus kreatif multimedia.

Tak kira di mana anda berada, kini anda boleh mengakses bahan pembelajaran untuk kursus-kursus yang biasa dikendalikan oleh team SIFOODOTCOM dalam format video arahan, video latihan contoh, nota teks, links sumber menarik. Anda boleh tetapkan jadual masa sendiri untuk menghabiskan topik-topik yang telah disusun bagi setiap kursus. Dan, dapatkan sijil digital apabila anda berjaya menamatkan kursus!

Soalan Lazim / Frequently Asked Questions

  • Apakah Itu UNI #SIFOODOTCOM?

    UNI #SIFOODOTCOM adalah platform kursus online yang dikendalikan oleh team Sifoo.com. Semua kursus yang disediakan di sini boleh diakses melalui online.

  • Bagaimana sekiranya saya ingin sertai kursus?

    Anda boleh memilih dan mendaftarkan diri dalam tajuk kursus yang diingini. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Setelah anda mendapat akses ke dalam kursus tersebut, anda terus boleh mula belajar. Mengikut masa anda sendiri. Pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.

  • Apakah format pembelajaran dalam setiap kursus?

    Format pembelajaran berbeza mengikut setiap pengajar. Tetapi secara umumnya, kandungan utama pembelajaran akan dipersembahkan dalam format video yang lengkap dengan arahan audio, demo pada skrin dan contoh latihan yang jelas. Terdapat juga bahan-bahan pembelajaran yang dipersembahkan dalam format slaid, imej, teks, links dan audio.

  • Adakah saya akan mendapat sijil kursus?

    Ya. Untuk kursus berbayar, terdapat sijil digital untuk peserta yang berjaya menyelesaikan keseluruhan topik pembelajaran dalam setiap kursus. Sijil digital boleh didownload dan dicetak sendiri oleh peserta.